It's All About Epul ^_^
i'm the nerd who love books and blogging stuff.





Shaiful Azrie
Dislaimer.



my story About Links

Shaiful Azrie | 16 | Ampang | Sts | Aps |

Stalker.


Let's Tweet Yall :)


My Wish :).


Wishlist !!

Have a wonderful family & friend
Eat Sushi at Tokyo
Having Fun At Disneyland
Skydiving At Canada


Ask me anything :D






aku tidak sempurna


Aku menangis , aku tak mampu nak tahan lagi rasa sebak di hati , aku terus renung segala dosa-dosa yang aku telah lakukan selama aku hidup .... aku terbayangkan muka ibu dan ayah aku ... Ya Allah ! aku sudah tersasar jauh dari jalanMu Ya Allah ! kau ampunilah dosa-dosaku .. kau ampunilah dosa-dosa ibubapaku , saudara-maraku , sahabat-sahabatku , guru-guruku dan semua kenalan-kenalan ku Ya Allah.

Kita nie hanyalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan . siapa yang tak pernah buat salah ? lagi-lagi kita yang umat akhir zaman ni .. kita semua ada buat dosa. kita semua tak sempurna. Tapi janganlah jadikan tu sebagai alasan untuk terus jauh daripada YANG MAHA ESA.

Kalau orang tanya aku , apa yang aku nak sangat buat , aku akan cakap , aku nak belajar bersungguh-sungguh , aku nak buat mak ayah aku gembira ... aku teringin nak belajar mandikan jenazah .. sebab , aku nak mandikan mak ayah aku suatu hari nanti ... aku nak belajar kafankan jenazah ... sebab aku nak kafankan mak ayah aku suatu hari nanti ... aku tak nak orang lain yang buat , aku nak aku dengan adik-adik aku sendiri yang buat ... aku nak jadi imam ... aku tak nak orang lain .. aku nak jadi anak yang soleh ... aku nak berbakti dekat mak ayah aku.

Aku tahu ... hari tu pasti akan sampai .. aku kena bersiap sedia ... aku sayang mak ayah aku ... diorang tiada pengganti .. segarang mana pun abah .. abah tetap abah along ... walaupon abah bukan ayah kandung along , along tetap sayang abah ... mummy is the best ... mummy lah wanita yang paling kuat yang pernah along kenal . along nak mintak maaf sebab selama ni along tak mampu nak jadi yang terbaik untuk mummy dengan abah , tapi along akan cuba yang terbaik selepas ni . 

Kepada yang mambaca ... marilah kita berfikir sejenak , kita ingat kembali pengorbanan ibubapa kita ... mampukah kita membalas jasa mereka ? adakah kita mampu ? bersyukurlah kepada Allah swt kerana kita mempunyai ibubapa ... terima kasih kepada Ustaz Don Danial yang sedarkan aku ... harap pembaca-pambaca diluar sana pun sama :) Assalammualaikum. p/s: click nme ustaz untuk tonton video yang penuh dengan keinsafan. hayati ok :)