Dislaimer. Stalker. Let's Tweet Yall :) Tweets by @shaiful_azrie My Wish :). Wishlist !! Ask me anything :D Archive Blog :). » November 2012 » December 2012 » March 2013 » June 2013 » October 2013 » December 2013 » March 2014 Credits.
| Cara-cara Berfikiran Positif
Assalammualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca :) . Okok ,kali ni aku nak kongsikan tips-tips atau cara-cara untuk berfikiran positif .
Sebenarnya senang je nak berfikiran positif ni kalau kita dah tahu asanya :)
1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hati, korang nak buat baik dengan semua orang yang ada di sekeliling korang.
2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa pun yang korang jumpa , bercakap dan berinteraksi , fokuskan pada sikap-sikap baik yang korang nampak dekat dirinya dan jadikannya contoh.
3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri korang dari sikap Hot Temper, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sikit), ia akan menghalang korang dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran korang.
4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila korang sedar yang korang sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang korang dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Hiburkan hati untuk tenangkan perasaan.
Hiburkan hati, dekatkan diri korang dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Peduli je apa orang nak cakap pasal kita.
Biarkan je diorang tu , korang pun terus latih minda korang supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada diri korang (ditarik oleh pemikiran negatif), diorang hanya akan mampu melihat. Diorang just mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? korang juga sebab ia terjadi pada diri korang sendiri, bukan diorang.
7. Jangan asyik nak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. korang tu yang silap , so , tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.
|